Sexay sleek ponytail

Hi! Selamat datang ke rancangan Cik Dayang. Pada hari ini Cik Dayang akan tunjukkan macam mana nak buat sleek ponytail yang sexayy dengan menggunakan 3 pin sahaja! Ya betul.. 3 pin sahaja. Actually 1 pin saja pon boleh hehe. Ni dia pinnya :



Cara2:

1. Kita mulakan dengan menyikat dan mengikat rambut dengan getah. Tak kisah nak ikat tinggi atau rendah. Up to u ok :)
2. Dah ikat? Ok, selepas itu, ambil sedikit rambut yang telah diikat tadi dan gulung sehingga menutupi getah rambut anda.

macam ini.

3. Dah gulung? Ok, sesudah rambut digulung, pin tadi boleh digunakan dan sepit di bahagian bawah supaya tidak kelihatan.
4. Dah siap! See? It's very easy. Kalau nak lagi cantik, anda juga boleh spray dengan gloss spray untuk mirrored, wet look.

Gambar dibawah inilah hasilnya! Just ignore muka yang tembam lagi bulat tu :) Dayang cuma pakai 1 pin saja sebab rambut Dayang nipis nak melampau hehe.



Rambut Dayang sebenarnya lurus, tapi idea nak buat tutorial rambut ni datang petang tadi bila rambut Dayang ikat macam orang baru lepas beranak atau tengah pantang hee. Tu yang tengah curl.

Anyway, selamat mencuba!!!! Oh, selamat menyambut Chinese New Year! Boleh la try style rambut ni bila nak melawat kwn tengah sambut raya cina :)

1 comment: