Final exam or holiday?

Hello. Assalamualaikum. Dah tak lupa nak update blog :) Minggu exam baru saja habiss. Yay congratulations (Oh, ada assignment belum hantar lagi) exam dah habis. Masalahnya, kau pegi ke semua exam tu? Bukan kau pegi bersukaria ke kt Sabah? Hihi let me explain. Honestly, Dayang tak tau minggu ni minggu exam. Ingatkan lambat lagi, so Dayang pun pegi la beli tiket untuk meraikan perkahwinan abang Dayang kat Sabah dan berseronok ronok padahal kau ada exam. Dayang terlepas beberapa exam iaitu Keyboard, Big Band, emm apa lagi, oh test Research Methodology and Interpretation II punya presentation. Hebat kau Dayang. Tahniah -_- Seriously Dayang tak tau, betul-betul tak tau minggu ni exam, janganlah marah. Please :'( Walaupun begitu, Dayang berjaya menghadirkan diri dengan gagahnya ke final vocal studio exam walaupun penat tak hilang lagi. Whooii tersangat penat. Suara tak keluar. Seksa. Tapi Alhamdulillah, Dayang berjaya menghabiskan exam dengan jayanya, and yeah I have to push myself 200%. Dayang boleh! Hidup Dayang! Yay :)


Kepada exam-exam yang lain, Dayang minta maaf. I can't do anything. Berserah sajalah. 


                                                   

Layankan sajalah

Cousins

WTH! Pegi buat kerja kau. Jangan menyibuk

Semoga berkekalan sampai akhir hayat. Oh, yang ni Dayang tolong makcik makeup :D

Whoii whoii!

Buruk sungguh. Dari pagi sampai malam tak makan. Kerja keras konon. Lauk sedap whooii



Err bro, kat blakang tu baju pengantin sekali ke? :D

My family. Bertambah ahli keluarga

Ibu and abah

Eh, mana abg Udin? Oh, dah jadi pengantin rupanya

Alolo baby jangan nangis..

Family dari sebelah mak. Tak semua ada

Ya iya la tanui



Pengantin dah ambik feel





Woooo! Terkejut tengok gigi tanui



Family sebelah abah. Yang ni pun tak semua ada



Apahal?

Tanui nyanyi?

Childhood friends

Bagi peluang. Jangan perasan lebihh



Ok, doakan yang ni dapat jodoh & kawin cepat

The best thing is, dapat jumpa and berkumpul dengan cousins yang dah lama tak jumpa. The funny part is, jumpa cousin yang first time jumpa. Ni family sebelah mak, ingatkan dah habis jumpa dan kenal lah semua sepupu sepapat ni, rupanya ada lagi yang tak pernah jumpa. Terus tanya kat diri sendiri, siapa ni? Oh, cousin aku rupanya. 

Ok, sesampai di Shah Alam, terus kelam kabut praktis sebab besok pagi final studio exam! Lagu tak hafal, penat teramat, tidur tak cukup, macam mana kau nak praktis? Ha jawab! Jawapannya besok pagi-pagi baru kau praktis, harini rehat, dan hafal lagu. Besok pagi bangun dengan lemah longlai bersiap-siap nak pegi exam dan berharap semuanya berjalan dengan lancar! Syukur Alhamdulillah exam dah lepas. Result tak tau tapi harap-harap lulus :D Lepas exam terus meeting sebab semester depan Miss Syafinaz punya student akan buat voice recital! Exited, tak sabar and takut. Kena prepare dari sekarang. Pilih lagu dan praktis dari sekarang (Yelah sekarang kejap lagi bukan kau praktis, kau pegi bersukaria)

Colorful kan baju haha







With her student

Oh ya! Happy holiday guys! Happy New Year! Sediakan azam 2012, and kongsi dengan Dayang untuk entri seterusnya!




Eat Yourself Slim!

Ok, hi! Assalamualaikum. Harini Dayang nak cerita pasal makanan yang boleh membantu mengurangkan berat badan! Yay! Interesting kan? Article ni Dayang ambil dari www.glamourmagazine.co.uk. Dayang suka website ni sebab dia banyak bagi tips bukan sekadar pasal health tapi pasal fashion, make-up, fitness, celebrity and hair! Sebenarnya banyak lagi. Ok bebeh! Mari kita tengok apa makanan yg boleh kurangkan berat badan. Here we goo!

1. 
Water
Yes, water. Kenapa? If you’re serious about losing weight, you need to make sure that you’re drinking plenty of fresh water. As a nutrient, water is essential to the proper chemical functioning of every single cell in your body, and your metabolism is no exception.

2.
Green tea
Ok, semester lepas Dayang ada buat sedikit research pasal green tea. Banyak kajian yg dah dibuat and kajian2 tersebut telah membuktikan yang green tea memang berkesan untuk mereka yang ingin mengurangkan berat badan. Bukan sekadar berat badan, tapi berkesan mencegah selsema dan juga mencegah sel2 kanser tumbuh di dalam badan.. 


3.
Grapefruit
Ok, ni Dayang baru baca kat article ni yang mengatakan yang pengambilan grapefruit sebelum makan dapat mengurangkan 3 pounds dalam masa 12 minggu! Amazing kan?

4.
Chilli
Chilli? Yelahh chilli. Ok, chilli mengandungi chemical yang dipanggil capsaicin yang dapat boost metabolism dengan menaikkan suhu badan. Hey, chilli boleh mengekalkan kesihatan badan, rambut, dan kuku tauu!!

5.
Garlic
Kebaikan bawang putih bukan sekadar dalam cerita bawang merah bawang putih saja ok!


Banyak lagi sebenarnya. Tak silap Dayang ada 30 jenis makanan dapat membantu mengurangkan berat badan! Banyak tau. So, Nak kurus? Nah ambik kauu. Selamat menguruskan badan :)


crdt to : www.glamourmagazine.co.uk



 

Naik pelamin

Assalamualaikum. Hello guys, dah lama sangat tak update blog ni. Kesian hari2 bukak tapi tak pernah update. Yes, I'm busy with assignments, nak praktis, dengan baru baik demam tengok bola jerit2 kat stadium, habis batuk dan selsema. Padan muka kau :) Harini nak update and nak share my brother's wedding! Yay he's married now. Dayang dah ada dua orang kakak ipar. Alhamdulillah, makin bertambah ahli keluarga Dayang. Okayy, my brother, Din, nikah pada 26 Nov 2011 di masjid emm ala tak ingat hee. Alhamdulillah dengan sekali lafaz Din sah berisiterikan Aida Azlina. Terer siot sekali lafaz padahal dah praktis kat rumah haha. Sebak jugak tengok finally Din dah ada teman hidup. Bukan sebak sedih tapi sebak gembira. I'm happy for him. Selesai nikah kami terus ke rumah pengantin perempuan untuk sesi melantak, yes! Alhamdulillah, selesai acara nikah, kami pun pulang ke rumah dengan senang hati, dengan menculik pengantin lelaki untuk acara besoknya pula, bersanding hee. Okay lah, tanpa banyak membebel Dayang nak share gambar2 nikah dan bersanding. Eh, yang seronok ronoknya, petang selepas acara bersanding, Dayang and my brother's tanpa pengantin pergi stadium tengok Malaysia lawan Bahrain! First time nih pegi tengok bola kat stadium. Sumpah jadi batak haha. Walaupun Malaysia kalah, dah adat pertandingan, ada menang dan ada yang kalah. Tapi Dayang respect dengan Ultras Malaya, penonton semua dah lari balik, diorang stay kat situ menyorak untuk Malaysia. 

 Pengantin kena solek dgn pak andam special dari Sabah!

 Aida Azlina. 

Hah neves kauu



 Alhamdulillah, sah bergelar suami isteri



 My new sister in law!


 Bersanding






 Ok, turn kau lambat lagi -_-


 Go Malaysia!

 Nampak tak mega t-shirt kat belakang tu? Cool kan?


Dah la kauu

Dayang doakan semoga Din dan isteri kekal sehingga ke akhir hayat. Amin :) Tinggal Dayang and abang lagi 1 belum kahwin. Agak2 siapa naik pelamin dulu? Ok, mari berlumba, siapa naik pelamin dulu dia menang -_- Tak nak lah berlumba (padahal dalam hati sebok nak suruh Buncit kumpul duit nak kahwin cepat. Gatal kan?) Dah la kau Dayang.