Selamat Tinggal Selamanya

Entri ini ku tujukan khas untuk jiran terdekat ku yang telah pergi buat selama lamanya :( Aku kenal dia sejak dari kecik lagi. Namanya Rizam atau Ijam. Kami tak sebaya, aku tua setahun dari dia. Aku ingat lagi masa aku kecik2, aku selalu lepak dengan dia. Aku dgn dia selalu tangkap ikan dekat parit depan rmh kami, padahal bukan ikan yang kami dpt, berudu. Lepas tu konon2 letak dlm akuarium, lama2 mati.


Kami tangkap ikan bukan setakat parit depan rumah, sampai ke hujung kampung kami pegi. Aku rapat dengan dia, hari2 aku lepak kat rumah dia, main badminton, kami ambil kertas lepas tu buat kapal terbang lah konon, buat jet la, mcm2 jenis kapal terbang pernah aku hasilkan dengan menggunakan kertas. Sampai aku kena marah dengan mak aku sebab hari2 lepak rmh dia. 


Bila dah meningkat dewasa, aku mulai jarang lepak dengan dia. Yelah, dah remaja, mesti malu2. Aku lepak lagi dengan dia tp bukan selalu mcm masa kami kecik2 dulu. Makin kami meningkat dewasa, makin kurang kami lepak sama2. Aku mmg tau dari kecik dia ada sakit jantung dan selama dia hidup ni jantung nya disokong dengan bateri. Sejak aku sambung belajar dekat Shah Alam ni, aku tak pernah jumpa dia. Bila aku balik cuti sem, dia tak ada. Bila aku dah belajar balik dia ada. So bila dah keadaan mcm tu, membuatkan aku makin jarang jumpa dia. 


5 hari lepas aku dapat tau dari abang aku yang dia dlm keadaan kritikal dan dimasukkan ICU di Institut Jantung Negara. Abang aku kata pasal masalah jantung dia. Selang dua hari aku pun pergila melawat dia. Masa aku pegi tu dia baru habis di operate buat kali kedua, dari apa yang aku dengar, selepas dia dioperate kali pertama dia sedar. Aku nak cakap lebih2 pun aku takut sebab nanti salah info. Tapi selang beberapa hari aku dapat tau dari abang aku yang keadaan nya makin tenat dan sedang di operate untuk melonggarkan injap apa aku tak tau kat jantung dia. Tambahan sakitnya yang sudah turun ke buah pinggang. Operate kali kedua tu pun untuk mencuci buah pinggangnya. Kakaknya bagitau yang buah pinggang yang dicuci tak bagi apa2 kesan terhadap kesihatannya.


Masa aku pegi melawat dia, aku sangat terkejut tengok keadaan dia. Cucuk sana sini. Satu saluran banyak ubat yang masuk, aku tengok dia mcm terseksa. Tapi mak dia kata dia kuat semangat. Sangat kuat. Masa dia nak di operate buat kali pertama tu mak dia ada tanya dia "kenapa kau sign surat tu?". Doktor ada bg surat dan tny nak operate atau tak, dia terus sign dan tak ckp apa2. Mak dia tny mcm tu, dia pun jawab "mak nak tengok aku mati cepat?" Mungkin sebab dia pun tak tahan asyik keluar masuk hospital badan makin lemah. Dia nak sambung study, nak buat mcm2, tu yang dia terus sign agaknya. Lepas tu mak dia cerita lagi, masa dia nak di operate tu, mukanya tak nampak risau sikit pun. Dia sempat lagi usik2 nurse2 yang ada kat situ, dia usik2 doktor. Masa nak masuk bilik bedah tu, dia sempat melambai2 mak dgn kakak dia. "bye mak, bye kak " . Bercucuran airmata mak dgn kakak dia bila dia ckp mcm tu. Sangat kuat semangat dia.


Lepas aku balik dari melawat dia, aku ada tanya perkembangan dia. Abang dia ckp mcm tu sj lah. Tak silap aku doktor bagi dia tidur. Tapi kaki dia tak ada perubahan biru dia. Agaknya darah tak jalan. Semalam hari rabu aku lupa nak tanya, sebab aku ingatkan mungkin keadaan dia dah stabil sikit. 


Tadi petang pukul 7.30 ptg abang aku call dan cakap yang dia sudah kembalik ke rahmatullah.. Innalillah.. Dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali. Sudah ajal dia, ajal dan maut di tangan Allah yang Maha Berkuasa. Dia meninggal pada 6.50 iaitu waktu Maghrib di Lahad Datu, tempat kelahiran aku dan dia, kampung aku dan jiranku. Mak aku kata selepas aku balik dari melaawat dia, keadaan dia bertambah lemah dan semakin lemah. Kaki yang biru tak nampak apa2 perubahan langsung. Aku harap keluarganya dapat mengharungi semua ini dengan tabah. Allah lebih menyayangi dia. Aku sangat tak sangka sebenarnya, tapi sudah lumrah dunia kita akan mati meninggalkan bumi.


Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh jiran ku Ijam. Semoga aman kau di sana. Sehingga kita bertemu lagi di Hari Akhirat. Amin. Al-Fatihah