Wishlist

Hi guys! Selamat menyambut hari hujung minggu! So what's your plan today? I'm sure you guys have a lot of plans to do today right? What's my plan? Haha tak ada plan, duduk rumah, buat assignment, facebooking ang blogging! Sambil2 rehat dari memerah otak buat assignment, saya nak membebel pasal my wishlist for this year! Pada siapa2 yang baru baca 1 ayat lepas tu dah bosan tak tau apa aku membebel ni, please let me know so saya boleh memperbaiki bahasa yang saya gunakan ok :) 


Kenapa dah nak masuk Februari baru nak ada wishlist? Actually, saya tak pernah pun nak buat and nak ada wishlist sepanjang hidup saya, jadi memandangkan umur saya yang semakin meningkat naik, keperluan saya yang semakin tinggi, so it's the time to make it happen by making a wishlist! 

       
Apple Mac Pro Laptop. Why do I need this? Sebab laptop saya yang sekarang ni dah uzur, kesian asyik kena marah dengan tuan dia. Banyak menghidap penyakit serius contohnya, bateri rosak, charger rosak, slow sebab RAM cuma 512mb, button kat touchpad rosak, kena tekan sekuat hati baru boleh berfungsi :( Walaupun laptop lama ni selalu buat saya sakit hati, saya sayang laptop ni sebenarnya, dah banyak berjasa kat saya. Laptop ni lah tempat saya praktis, buat assignment, menggembirakan hati saya dengan menonton movie, tempat saya blogging! Banyak sentimental value dia. So bila saya dah dapat Mac Pro ni, saya tak kan jual kat sesiapa, sama da saya jual kat boyfren saya, atau simpan kat kampung utk di jadikan arkib :)




Ni my 2nd wishlist. Iphone 4! Why do I nees this? Kan dah ada Mac Pro, knp nak ada Iphone 4 lagi? Baik beli Ipad je. Saya perlukan ni bkn sebab hp sekarang ni pun berpenyakit jgk. Tak, the reason why is saja, nak berpesen pesen hehe.Orang sebok nak pakai blackberry lah, sony galaxy lah, apa2 lagi lah yang canggih manggih ni. Tapi aku sebok nak beli Iphone 4. I phone ni bagi aku sangat useful utk aku yang belajar music. Sebab ada piano, and boleh masukkan lagi pelbagai aplikasi music kat dalam. *Sony ericsson experia pon boleh masukkan piano. Em apa2 saja lah. Yang penting, aku nak Iphone 4!
Nikon D3100! Saya suka photography, saya adalah camwhore, saya minat ambik gambar, so Nikon D3100 adalah wishlist saya yang seterusnya! Kenapa tak beli yang lagi baik dari ni je terus, kan kau suka photography? Ala, yang biasa2 je dulu dah la. Saya bukannya photographer profesional. Saya cuma minat dan suka ambik2 gambar pakai DSLR ni. Pesen tu satu, yang kedua boleh lah sambil2 buat duit dengan photography nih. Boleh belajar slow2 kan. Buku kan banyak kat kedai pasal photography ni kan? *sokong aku.


Huh? Jeans pon kau nak jadikan wishlist kau? Ish, ni saya nak bagitau ni. Saya ni berketinggian 170cm, dalam bracket tinggi umpama tiang. Nak carik seluar yang panjang bukan main susah lagi. Dah dapat seluar yang diidamkan, panjang pulak tak cukup. Pakai jeans sendiri, tapi nampak macam pinjam jeans orang sebab senteng! Kesian kan aku nih, apalah nasib. Tu lah masalah yang saya hadapi bila nak shopping jeans, slack atau apa2 sahaja yang berkaitan dengan seluar panjang. Saya tau pesen sekarang pakai seluar senteng, tapi bagi saya seluar panjang bukan trend tapi ia kekal sampai bila2 :)



Ha, ini adalah wishlist saya yang paling penting. Pendakap gigi/braces. Why do I need this? Hahah gigi saya ni berterabur bak jalan raya yang berbatu. Dua ketul gigi terkeluar ketika senyum. Jika dipandang dari tepi, terhasillah pemandangan yang tidak cantik dipandang. Kesian kan.


Jadi para penonton, itulah senarai2 wishlist saya pada tahun ini. Doakan list2 ini dapat dipenuhi. Terima kasih

Get reward with ChurpChurp!

ChurpChurp? Apa tu? Makanan? Ya, akan jadi makanan bila korang join ChurpChurp sebab dia akan bagi kau duit tambah2 lagi kalau kau seorang penagih Facebook and Twitter yang tegar! Meh sini aku bagi kau idea, sambil2 kau melayang Scrabble, Farmville, Chatting dengan kawan, mari join dan buat duit dengan ChurpChurp. Nak join tapi tak tau kat mana? Click niChurpChurp. Semua informasi2 yang korang perlukan ada di sana! Jadi, what you waiting for? Join ChurpChurp and get rewarded!

comel kan? rasa mcm nak cubit

Sexay sleek ponytail

Hi! Selamat datang ke rancangan Cik Dayang. Pada hari ini Cik Dayang akan tunjukkan macam mana nak buat sleek ponytail yang sexayy dengan menggunakan 3 pin sahaja! Ya betul.. 3 pin sahaja. Actually 1 pin saja pon boleh hehe. Ni dia pinnya :



Cara2:

1. Kita mulakan dengan menyikat dan mengikat rambut dengan getah. Tak kisah nak ikat tinggi atau rendah. Up to u ok :)
2. Dah ikat? Ok, selepas itu, ambil sedikit rambut yang telah diikat tadi dan gulung sehingga menutupi getah rambut anda.

macam ini.

3. Dah gulung? Ok, sesudah rambut digulung, pin tadi boleh digunakan dan sepit di bahagian bawah supaya tidak kelihatan.
4. Dah siap! See? It's very easy. Kalau nak lagi cantik, anda juga boleh spray dengan gloss spray untuk mirrored, wet look.

Gambar dibawah inilah hasilnya! Just ignore muka yang tembam lagi bulat tu :) Dayang cuma pakai 1 pin saja sebab rambut Dayang nipis nak melampau hehe.



Rambut Dayang sebenarnya lurus, tapi idea nak buat tutorial rambut ni datang petang tadi bila rambut Dayang ikat macam orang baru lepas beranak atau tengah pantang hee. Tu yang tengah curl.

Anyway, selamat mencuba!!!! Oh, selamat menyambut Chinese New Year! Boleh la try style rambut ni bila nak melawat kwn tengah sambut raya cina :)

Kid Rock - Picture ft. Sheryl Crow

Buon Giorno, Broga!

Cuti...yeay!!! Selamat menyambut hari Thaipusam :) Tapi satu hari jah hahahahah. Besok dah class mcm biasa and besok bg assignment dkt lecturer yang sepatutnya dah dihantar seminggu yang lepas heheh. Sayang tidak sempat diberi kerana ter'overslept'. Nasib baik dia tak marah, kalau tak mesti ' you can drop your course and don't come to my class, thank you'. So, apa kena mengena dengan sunrise kat Broga kauuu?

Cerita nya bermula mcm ni, lepas class Italy aku, Titi video call aku. Huh? Apeke peliknya budak nih. So kitorang pun bervideo call lah, Aku kat skul, dia pun kat skul tapi kat studio. Wah belagak budak ni sama2 kat skul pun tp nak video call. Masa aku bervideo call dengan titi sambil berjalan menaiki tangga, aku terserempak dengan ustaz marhaban aku masa part 6 dulu *malu. Dahla bising mcm batak bervideo call, ustaz lalu pun tak sedar, ustaz boleh tegur aku 'apa ni kat mana kat mana, dah tak kenal dah muka ni'. Aku dengan malu tersengih sengih naik senyum dekat ustaz. Cerita aku pun dah melencong, dekat koridor aku terjumpa Topek dan menyatakan hasratnya untuk beraktiviti malam ini iaitu berovernight dan terus ke Broga Hill pada subuhnya. Aku pun on lah apa lagi! Eh, kejap aku tak berapa nak on sangat masa tu sebab aku takut keesokannya tu class vocal aku tak cancel. Aku pun terus texting my lecturer dan mendapatkan kepastian sekiranya class besok cancel atau tidak. Sementara nak menunggu lecturer aku reply aku pun pegilah berjumpa dengan Titi dan Naz, Diorang boleh plak nak ajak tengok wayang malam tu, tapi ni aku tak on sebab aku tak nak tengok wayang yang diorang nak tengok : Khurafat. Aku pun pulang ke rumah. Tidak lama kemudian lecturer aku pun msg yang class bsk tak ada sbb dia sabgat busy. Yeay....

Kebetulan Topek chat dgn aku, aku pun bgtau lah yang aku dan Ziyad confirm ikot aktiviti besok. Dia pun ajak lepak lilin, makan, bincang2 sikit. Aku tanya la berapa ramaikah yang akan turut serta besok. Dia pun sebut satu persatu. Mak aih! Bukan main ramai lagi, macam nak pegi konvoi jeeeee. Nasib baik kawan masscom aku tak jadi pegi, kalau tak mau 6 biji kereta. Setelah pulang dari lilin, aku pun tunggu lah seorang diri di rumah sebab Titi, Bazique, Atin pegi tengok wayang. Naz pegi dating. Lama jugak aku tunggu, mata aku dah menunjukkan tanda mengantuknya. Aku tahan sampai pukul 1. Diorang dah balik dari tengok wayang, sambil2 kemas apa nak bawak, apa nak pakai besok. Semangat nih. Pukul 2 lebih kami pun pegi minum2 di mamak sambil tunggu pukul 5 dan tunggu Hadi. Tunggu punya tunggu dia pun datang, kami bergerak ambik Jamey dan terus ke Broga Hill yang aku pun tak tau kat mana :)

On the way ke Broga Hill tu, aku sempat tidur sebab perjalanannya agak jauh dari Shah Alam. Kami sampai di Broga Hill dekat2 pukul 6. Tapi yang tak tahannya, bukan main ramai lagi manusia yang pegi jugak Broga Hill tu. Macam dah perhimpunan apa ntah ramai dia. PArking suasah nak dapat. Lama jugak kami terpusing2 carik parking dan akhirnya jumpa. Sudah dikumpulkan semua, kami pun bergerak lah menaiki, mendaki Broga Hill yang jauhnya 1.75 km tak silap aku. Agak jauh dan terasa lama sebab kami daki Broga dengan beratur sebab terlalu ramai manusia. Sabar je lahhh. Daki punya daki, panjat punya panjat, and brahhhhhh!!! dah sampaiiiiii! Tapi kami cuma dapat panjat puncak pertama disebabkan masalah keramaian dan tak kesanggupan kami untuk mendaki lagi. Walaupun aku nak sangat pegi puncak yang lain yang lebih tinggi. Tapi tak apa, view kat puncak pertama pun dah cantikk sangat. Kami rehat, ambil gambar, borak2, ambil gambar lagi, gelak2, ambil gambar lagi sampai kitorang rasa macam rombongan budak sekolah.

Dapat jugak tengok sunrise yang amat cantik, indah, semua lah! Dah tengok sunrise, kami pun turun dan memberi peluang kepada orang yang baru sampai puncak pertama. Honestly, aku lagi suka masa naik dari turun sebab kaki menggigil beb nak turun Broga Hill nih! Degan tanah licin, orang ramai, dengan lapar yang dah plan nak makan 5 bungkus nasi lemak bila dah turun nanti, dengan kaki menggigil. Tapi tak apa, disebabkan nasi lemak, ku sanggup hadapinya!!! Bila dah kat bawah boleh pulak ada jual air kelapa, air mineral, mcm2 air lagi lah. Sedapnya! Aku pun apa lagi, turun cepat2 dan terus menghambat air kelapa dan minum. Fuhh!!! Lega sungguh! Dah minum kami pun keluar dari Broga Hill dan mencari makanan sebelum pergi bermandi manda di sungai Tekala.

Dah dapat nasi lemak yang cuma sebungkus dan seketul ayam, kami pun pegi lah ke sungai Tekala yang agak jauh jugak.. Bila dah sampai, kami nampak kereta tak adalah banyak sangat, mesti tak ramain sangat nih. Bila dah naik tangga yang seksa, ramai jugak orang sampai tak ada port. Kami pun bertapak dekat dengan tempat kami sebelum ni tapi dah ada orang. Tempat kami sedih, air cetek. Tapi nak buat mcm man tu je lah tempat yang ada dan kami terima jelah. Sudah selesai mandi manda, gelak2, makan2, borak2, ambil gambar, kami pun barangkat pulanggg. Sebelum pulang terus ke Shah alam, kami singgah di Puchong untuk makan tengah hari walaupun dengan keadaan yang mengantuk. Tapi tak apa, demi makan, aku sanggup tahan! :) Dah habis melantak, kami pun pulang ke rumaaahhhh..

Tu lah dia ceritanya... kawan2, feel free to comment k:) Selamat menyambut hari Tahipusam, selamat bercuti. Nikmati lah gambar2 yang aku sajikan ini :D


Khulafa :)

Mata dah rabak weh!

Penganjur aktiviti

We're here!

Beautiful!

Taking over Tekala :)

Puchong's Bravo!

Balik rumah, sambung tidur, dan besok hantar assignment :)
Ciao ciao!

Peminat kuat

Anda kuat tak? Kuat maksudnya kuat ketika melawan orang. Bukan nak tumbuk2 atau tampar2 atau tarik2 rambut. Tapi kuat bila orang tolak kita dalam kesempitan yang amat dahsyat! Kuat bila orang bising dalam kesempitan dan berkata 'I'm standing on 1 foot' atau 'cannot move' bila kita nak lalu dan kembali ke pangkuan rakan2 kita yang berada nun di sana.
Sakit hati kan bila kita nak lalu dia kaku bak batu di situ. Sakit hati kan bila orang tengah bercakap kita sibuk menjerit histeria di bawah pentas!

Ok lah, hari tu ( 14hb Jan ) bertempat di Mist Club Bangsar Astro Hitz ada buat K-Pop Private Tv Recording khas untuk die hard fans K-Pop melihat aksi terakhir artis K-Pop (B2st, Gna and 4 Minute) pujaan mereka sebelum mereka berangkat pulang ke tanah air mereka iaitu Korea lah. Me and my friends terpilih untuk pegi meriahkan lagi suasana dan dapat 2 pass untuk seorang pemenang. So, aku bertemankan Titi dan Bzaique bertemankan Naz. Tapi agak tak puas hati la sebab diorang cakap register start pukul 2 tapi kitorang tunggu sampai pukul 3.30 pm baru boleh register! Lepas tu dia kata masuk ke club pukul 4 tapi 5.30 pm baru masuk dalam club! Memang lemau, kering, basi, busuk fans2 tunggu kat luar. Tapi disebabkan B2st, aku sabar saja. Then, Astro Hitz kata show start pukul 5 tapi pukul 6 baru lah start.

Bila dah masuk dalam club, semua nak berebut pegi depan supaya dpt tengok artis K-pop dekat2. Show start dengan performance dari Soul Krazy. Then baru Gna start dengan lagu2 femes dia. Boleh dilihat yang keadaan crowd agak terkawal pada masa itu. Selesai Gna perform dua lagu, turn 4 Minute pulak untuk naik pentas dan perform! Diorang semua hot, cantik dan comel!!!!! Diorang pun perform dua lagu. Keadaan crowd pada masa itu sudah mula menunjukkan tanda2 akan histeria. Tibalah masa yang dinanti nantikan, B2st!!!! omaigudnes!!!! Mereka sangat hensem, terutamanya Dongwoon lah :) Mereka juga perform dua lagu, Shock and Beautiful. Seriously, dari mula B2st naik, perform dan selesai perform, tak dapat aku bayangkan betapa gumbiraaaanya aku akhirnya dapat juga aku melihat mereka depan mataku sendiri. Mereka sangat friendly, sentiasa senyum, dan pada ketika ini, para2 crowd sudah menjerit histeria sehingga seperti ku rasakan gegendang telinga ku nak pecah!!! Bukan main tengik lagi jeritan mereka. Tapi tu lah, tak elok lah kan kita menjerit2 ketika mereka sedang bercakap sebab tu kan tv recording.

Maka itu, akan ditunjukkan tips2 untuk menjadi kuat untuk melawan kesempitan, penolakan atau apa saja ketika konsert2 besar terutamanya K-Pop :

1. Pakai baju yang selesa. Cukup sekada pakai t-shirt with jeans bersama sneakers. Jangan pakai cantik2 contohnya dress2 lawa, dress yang pendek, or blouse.
Kerana: Semua orang nak berdiri di depan sekali supaya dpt tgk dgn lebih dekat artis2 K-Pop beraksi, dan bila kita pakai baju2 yang lawa seperti yang dinyatakan di atas, habislah rosak koyak rabak, kotor, baju2 lawa tu kak oi, simpan je lah kat dalam almari. Silap2 boleh terdedah bahagian yang tak elok di pandang.

2. Makan dulu.
Kerana : Nak pegi konsert tapi tak makan? Nak pitam ke kat dalam tu dik oi.... Dah la sempit, orang ramai, tak seorang yang peduli kalau kau sakit.

3. Janagn pakai make up.
Kerana : Kau tunggu kat luar berpanas, berhujan, kulit kau mesti berminyak2, Dalam club tu confirm2 orang ramai, telebih lebih ramai. Bila dah ramai, muka berpeluh peluh. So, kalau tak nak kulit rosak, jangan lah pakai makeup. Kalau nak pakai pun, cukuplah bersederhana sahaja :)

Itu saja setakat ini. Kalau nak tambah, silalah jangan malu2. Ok, ni yang aku dapat masa event tu.











B2st, here I come :)

Tak sabar rasanya nak tgk mereka. Finally.. penantian yg membuahkan hasil :) Thank you so much Astro Hitz for this opportunity!

Dongwoon ohh Dongwoon

And now I'm addicted to this guy!! Ingat lagi dulu aku pernah berkata :' Aku tak layanlah korea2 nih. Nyanyi lagu korea tapi tiba2 ada bahasa omputih. Apakebenda tuh? Lepas tu rap pon ntah apa2'. Kejap lagi tgk bukan setakat fanatik, dah tahap obses nih!!! Tak elok kan cakap tak suka, benci. Nanti satu hari akan bertukar suka, sayang. Aku diperkenalkan Beast/B2st oleh housemate aku si bazique. Mula2 tgk lagu Bad Girl. Teruja sungguh tgk Lee Ki Kwang menari lepas tu bukak baju habis nampak sixpack dia!!!! Masa tu tak pandang Dongwoon sebab tak nampak kehenseman, kemachoan, dan tak tau lah apa nak cakap pasal dia nih. Kitorang dalam rumah ada 5 orang, B2st ada 6 orang. Kami pun pilih siapa yang kami nak. Memandangkan aku tinggi, aku pilih Dongwoon. Titi pilih Ki Kwang, Ika pilih Junhyung, Naz pilih Dujun, Bazique pilih Yosoeb. Kesian Hyunseung tak ada orang pilih heheh.

Start dari tu kami dengar semua lagu2 diorang.. tengok kat youtube tiap2 hari. Cakap pasal diorang 24/7. Tidur sampai subuh semata mata nak tgk video2 diorang!!! Tengok betapa setianya kami kepada mereka. Tapi bila sampai mv Breath diorang keluar kat youtube, bermula lah perebutan Junhyung diantara Ika n Bazique. Aku tak nak masuk campur sebab aku setia dgn Dongwoon :) Dongwoon pun makin lama makin nampak kehenseman dia, makin susah la aku nak curang dgn dia. Lagu diorang ok, sedap didengar, tak kompleks sangat. Vokal pun boleh tahan. Teringin sangat nak jumpa diorang :(

13hb Jan ni, Cube family ( Gna, 4 minute, B2st) datang Malaysia. Nak pegiiiii sangat. Tapi dengan masalah kewangan sebab baru masok skul balik so kena pakai banyak duit. Lagi satu bila tgk dia pny seating plan, agak hampa lah sebab stage dia tak friendly dgn peminat.Terlalu jauh untuk dilihat :( Tapi astro hitz ada buat contest untuk 14hb Jan ni. Diorang buat Tv Private Showcase. Kami pun apa lagi, ikot lah contest tu memandangkan kami semua tak beli tiket. Harap2 kami dapatlah pegi tgk diorang. Nak sangat jumpa diorang. Banyak sangat nak tanya n banyak sangat nak cerita betapa suka n minatnya kami kat dioranggg!!!! Nah ni aku jamah kan korang muka2 B2st!!!

masa dia baru masok b2st

lihatlah perubahannya

semakin hensem

semakin macho

omg!

comelnya haih

masa mbc athletics star

shit man!
terpaling sukaaa!!!!
muka baru utk album baru
utk idol maid

so sweet kan pegi tgk kwn grad


hebat ada helikopter!!