Wishlist

Hi guys! Selamat menyambut hari hujung minggu! So what's your plan today? I'm sure you guys have a lot of plans to do today right? What's my plan? Haha tak ada plan, duduk rumah, buat assignment, facebooking ang blogging! Sambil2 rehat dari memerah otak buat assignment, saya nak membebel pasal my wishlist for this year! Pada siapa2 yang baru baca 1 ayat lepas tu dah bosan tak tau apa aku membebel ni, please let me know so saya boleh memperbaiki bahasa yang saya gunakan ok :) 


Kenapa dah nak masuk Februari baru nak ada wishlist? Actually, saya tak pernah pun nak buat and nak ada wishlist sepanjang hidup saya, jadi memandangkan umur saya yang semakin meningkat naik, keperluan saya yang semakin tinggi, so it's the time to make it happen by making a wishlist! 

       
Apple Mac Pro Laptop. Why do I need this? Sebab laptop saya yang sekarang ni dah uzur, kesian asyik kena marah dengan tuan dia. Banyak menghidap penyakit serius contohnya, bateri rosak, charger rosak, slow sebab RAM cuma 512mb, button kat touchpad rosak, kena tekan sekuat hati baru boleh berfungsi :( Walaupun laptop lama ni selalu buat saya sakit hati, saya sayang laptop ni sebenarnya, dah banyak berjasa kat saya. Laptop ni lah tempat saya praktis, buat assignment, menggembirakan hati saya dengan menonton movie, tempat saya blogging! Banyak sentimental value dia. So bila saya dah dapat Mac Pro ni, saya tak kan jual kat sesiapa, sama da saya jual kat boyfren saya, atau simpan kat kampung utk di jadikan arkib :)




Ni my 2nd wishlist. Iphone 4! Why do I nees this? Kan dah ada Mac Pro, knp nak ada Iphone 4 lagi? Baik beli Ipad je. Saya perlukan ni bkn sebab hp sekarang ni pun berpenyakit jgk. Tak, the reason why is saja, nak berpesen pesen hehe.Orang sebok nak pakai blackberry lah, sony galaxy lah, apa2 lagi lah yang canggih manggih ni. Tapi aku sebok nak beli Iphone 4. I phone ni bagi aku sangat useful utk aku yang belajar music. Sebab ada piano, and boleh masukkan lagi pelbagai aplikasi music kat dalam. *Sony ericsson experia pon boleh masukkan piano. Em apa2 saja lah. Yang penting, aku nak Iphone 4!
Nikon D3100! Saya suka photography, saya adalah camwhore, saya minat ambik gambar, so Nikon D3100 adalah wishlist saya yang seterusnya! Kenapa tak beli yang lagi baik dari ni je terus, kan kau suka photography? Ala, yang biasa2 je dulu dah la. Saya bukannya photographer profesional. Saya cuma minat dan suka ambik2 gambar pakai DSLR ni. Pesen tu satu, yang kedua boleh lah sambil2 buat duit dengan photography nih. Boleh belajar slow2 kan. Buku kan banyak kat kedai pasal photography ni kan? *sokong aku.


Huh? Jeans pon kau nak jadikan wishlist kau? Ish, ni saya nak bagitau ni. Saya ni berketinggian 170cm, dalam bracket tinggi umpama tiang. Nak carik seluar yang panjang bukan main susah lagi. Dah dapat seluar yang diidamkan, panjang pulak tak cukup. Pakai jeans sendiri, tapi nampak macam pinjam jeans orang sebab senteng! Kesian kan aku nih, apalah nasib. Tu lah masalah yang saya hadapi bila nak shopping jeans, slack atau apa2 sahaja yang berkaitan dengan seluar panjang. Saya tau pesen sekarang pakai seluar senteng, tapi bagi saya seluar panjang bukan trend tapi ia kekal sampai bila2 :)



Ha, ini adalah wishlist saya yang paling penting. Pendakap gigi/braces. Why do I need this? Hahah gigi saya ni berterabur bak jalan raya yang berbatu. Dua ketul gigi terkeluar ketika senyum. Jika dipandang dari tepi, terhasillah pemandangan yang tidak cantik dipandang. Kesian kan.


Jadi para penonton, itulah senarai2 wishlist saya pada tahun ini. Doakan list2 ini dapat dipenuhi. Terima kasih

No comments:

Post a Comment