Buon Giorno, Broga!

Cuti...yeay!!! Selamat menyambut hari Thaipusam :) Tapi satu hari jah hahahahah. Besok dah class mcm biasa and besok bg assignment dkt lecturer yang sepatutnya dah dihantar seminggu yang lepas heheh. Sayang tidak sempat diberi kerana ter'overslept'. Nasib baik dia tak marah, kalau tak mesti ' you can drop your course and don't come to my class, thank you'. So, apa kena mengena dengan sunrise kat Broga kauuu?

Cerita nya bermula mcm ni, lepas class Italy aku, Titi video call aku. Huh? Apeke peliknya budak nih. So kitorang pun bervideo call lah, Aku kat skul, dia pun kat skul tapi kat studio. Wah belagak budak ni sama2 kat skul pun tp nak video call. Masa aku bervideo call dengan titi sambil berjalan menaiki tangga, aku terserempak dengan ustaz marhaban aku masa part 6 dulu *malu. Dahla bising mcm batak bervideo call, ustaz lalu pun tak sedar, ustaz boleh tegur aku 'apa ni kat mana kat mana, dah tak kenal dah muka ni'. Aku dengan malu tersengih sengih naik senyum dekat ustaz. Cerita aku pun dah melencong, dekat koridor aku terjumpa Topek dan menyatakan hasratnya untuk beraktiviti malam ini iaitu berovernight dan terus ke Broga Hill pada subuhnya. Aku pun on lah apa lagi! Eh, kejap aku tak berapa nak on sangat masa tu sebab aku takut keesokannya tu class vocal aku tak cancel. Aku pun terus texting my lecturer dan mendapatkan kepastian sekiranya class besok cancel atau tidak. Sementara nak menunggu lecturer aku reply aku pun pegilah berjumpa dengan Titi dan Naz, Diorang boleh plak nak ajak tengok wayang malam tu, tapi ni aku tak on sebab aku tak nak tengok wayang yang diorang nak tengok : Khurafat. Aku pun pulang ke rumah. Tidak lama kemudian lecturer aku pun msg yang class bsk tak ada sbb dia sabgat busy. Yeay....

Kebetulan Topek chat dgn aku, aku pun bgtau lah yang aku dan Ziyad confirm ikot aktiviti besok. Dia pun ajak lepak lilin, makan, bincang2 sikit. Aku tanya la berapa ramaikah yang akan turut serta besok. Dia pun sebut satu persatu. Mak aih! Bukan main ramai lagi, macam nak pegi konvoi jeeeee. Nasib baik kawan masscom aku tak jadi pegi, kalau tak mau 6 biji kereta. Setelah pulang dari lilin, aku pun tunggu lah seorang diri di rumah sebab Titi, Bazique, Atin pegi tengok wayang. Naz pegi dating. Lama jugak aku tunggu, mata aku dah menunjukkan tanda mengantuknya. Aku tahan sampai pukul 1. Diorang dah balik dari tengok wayang, sambil2 kemas apa nak bawak, apa nak pakai besok. Semangat nih. Pukul 2 lebih kami pun pegi minum2 di mamak sambil tunggu pukul 5 dan tunggu Hadi. Tunggu punya tunggu dia pun datang, kami bergerak ambik Jamey dan terus ke Broga Hill yang aku pun tak tau kat mana :)

On the way ke Broga Hill tu, aku sempat tidur sebab perjalanannya agak jauh dari Shah Alam. Kami sampai di Broga Hill dekat2 pukul 6. Tapi yang tak tahannya, bukan main ramai lagi manusia yang pegi jugak Broga Hill tu. Macam dah perhimpunan apa ntah ramai dia. PArking suasah nak dapat. Lama jugak kami terpusing2 carik parking dan akhirnya jumpa. Sudah dikumpulkan semua, kami pun bergerak lah menaiki, mendaki Broga Hill yang jauhnya 1.75 km tak silap aku. Agak jauh dan terasa lama sebab kami daki Broga dengan beratur sebab terlalu ramai manusia. Sabar je lahhh. Daki punya daki, panjat punya panjat, and brahhhhhh!!! dah sampaiiiiii! Tapi kami cuma dapat panjat puncak pertama disebabkan masalah keramaian dan tak kesanggupan kami untuk mendaki lagi. Walaupun aku nak sangat pegi puncak yang lain yang lebih tinggi. Tapi tak apa, view kat puncak pertama pun dah cantikk sangat. Kami rehat, ambil gambar, borak2, ambil gambar lagi, gelak2, ambil gambar lagi sampai kitorang rasa macam rombongan budak sekolah.

Dapat jugak tengok sunrise yang amat cantik, indah, semua lah! Dah tengok sunrise, kami pun turun dan memberi peluang kepada orang yang baru sampai puncak pertama. Honestly, aku lagi suka masa naik dari turun sebab kaki menggigil beb nak turun Broga Hill nih! Degan tanah licin, orang ramai, dengan lapar yang dah plan nak makan 5 bungkus nasi lemak bila dah turun nanti, dengan kaki menggigil. Tapi tak apa, disebabkan nasi lemak, ku sanggup hadapinya!!! Bila dah kat bawah boleh pulak ada jual air kelapa, air mineral, mcm2 air lagi lah. Sedapnya! Aku pun apa lagi, turun cepat2 dan terus menghambat air kelapa dan minum. Fuhh!!! Lega sungguh! Dah minum kami pun keluar dari Broga Hill dan mencari makanan sebelum pergi bermandi manda di sungai Tekala.

Dah dapat nasi lemak yang cuma sebungkus dan seketul ayam, kami pun pegi lah ke sungai Tekala yang agak jauh jugak.. Bila dah sampai, kami nampak kereta tak adalah banyak sangat, mesti tak ramain sangat nih. Bila dah naik tangga yang seksa, ramai jugak orang sampai tak ada port. Kami pun bertapak dekat dengan tempat kami sebelum ni tapi dah ada orang. Tempat kami sedih, air cetek. Tapi nak buat mcm man tu je lah tempat yang ada dan kami terima jelah. Sudah selesai mandi manda, gelak2, makan2, borak2, ambil gambar, kami pun barangkat pulanggg. Sebelum pulang terus ke Shah alam, kami singgah di Puchong untuk makan tengah hari walaupun dengan keadaan yang mengantuk. Tapi tak apa, demi makan, aku sanggup tahan! :) Dah habis melantak, kami pun pulang ke rumaaahhhh..

Tu lah dia ceritanya... kawan2, feel free to comment k:) Selamat menyambut hari Tahipusam, selamat bercuti. Nikmati lah gambar2 yang aku sajikan ini :D


Khulafa :)

Mata dah rabak weh!

Penganjur aktiviti

We're here!

Beautiful!

Taking over Tekala :)

Puchong's Bravo!

Balik rumah, sambung tidur, dan besok hantar assignment :)
Ciao ciao!

No comments:

Post a Comment