Peminat kuat

Anda kuat tak? Kuat maksudnya kuat ketika melawan orang. Bukan nak tumbuk2 atau tampar2 atau tarik2 rambut. Tapi kuat bila orang tolak kita dalam kesempitan yang amat dahsyat! Kuat bila orang bising dalam kesempitan dan berkata 'I'm standing on 1 foot' atau 'cannot move' bila kita nak lalu dan kembali ke pangkuan rakan2 kita yang berada nun di sana.
Sakit hati kan bila kita nak lalu dia kaku bak batu di situ. Sakit hati kan bila orang tengah bercakap kita sibuk menjerit histeria di bawah pentas!

Ok lah, hari tu ( 14hb Jan ) bertempat di Mist Club Bangsar Astro Hitz ada buat K-Pop Private Tv Recording khas untuk die hard fans K-Pop melihat aksi terakhir artis K-Pop (B2st, Gna and 4 Minute) pujaan mereka sebelum mereka berangkat pulang ke tanah air mereka iaitu Korea lah. Me and my friends terpilih untuk pegi meriahkan lagi suasana dan dapat 2 pass untuk seorang pemenang. So, aku bertemankan Titi dan Bzaique bertemankan Naz. Tapi agak tak puas hati la sebab diorang cakap register start pukul 2 tapi kitorang tunggu sampai pukul 3.30 pm baru boleh register! Lepas tu dia kata masuk ke club pukul 4 tapi 5.30 pm baru masuk dalam club! Memang lemau, kering, basi, busuk fans2 tunggu kat luar. Tapi disebabkan B2st, aku sabar saja. Then, Astro Hitz kata show start pukul 5 tapi pukul 6 baru lah start.

Bila dah masuk dalam club, semua nak berebut pegi depan supaya dpt tengok artis K-pop dekat2. Show start dengan performance dari Soul Krazy. Then baru Gna start dengan lagu2 femes dia. Boleh dilihat yang keadaan crowd agak terkawal pada masa itu. Selesai Gna perform dua lagu, turn 4 Minute pulak untuk naik pentas dan perform! Diorang semua hot, cantik dan comel!!!!! Diorang pun perform dua lagu. Keadaan crowd pada masa itu sudah mula menunjukkan tanda2 akan histeria. Tibalah masa yang dinanti nantikan, B2st!!!! omaigudnes!!!! Mereka sangat hensem, terutamanya Dongwoon lah :) Mereka juga perform dua lagu, Shock and Beautiful. Seriously, dari mula B2st naik, perform dan selesai perform, tak dapat aku bayangkan betapa gumbiraaaanya aku akhirnya dapat juga aku melihat mereka depan mataku sendiri. Mereka sangat friendly, sentiasa senyum, dan pada ketika ini, para2 crowd sudah menjerit histeria sehingga seperti ku rasakan gegendang telinga ku nak pecah!!! Bukan main tengik lagi jeritan mereka. Tapi tu lah, tak elok lah kan kita menjerit2 ketika mereka sedang bercakap sebab tu kan tv recording.

Maka itu, akan ditunjukkan tips2 untuk menjadi kuat untuk melawan kesempitan, penolakan atau apa saja ketika konsert2 besar terutamanya K-Pop :

1. Pakai baju yang selesa. Cukup sekada pakai t-shirt with jeans bersama sneakers. Jangan pakai cantik2 contohnya dress2 lawa, dress yang pendek, or blouse.
Kerana: Semua orang nak berdiri di depan sekali supaya dpt tgk dgn lebih dekat artis2 K-Pop beraksi, dan bila kita pakai baju2 yang lawa seperti yang dinyatakan di atas, habislah rosak koyak rabak, kotor, baju2 lawa tu kak oi, simpan je lah kat dalam almari. Silap2 boleh terdedah bahagian yang tak elok di pandang.

2. Makan dulu.
Kerana : Nak pegi konsert tapi tak makan? Nak pitam ke kat dalam tu dik oi.... Dah la sempit, orang ramai, tak seorang yang peduli kalau kau sakit.

3. Janagn pakai make up.
Kerana : Kau tunggu kat luar berpanas, berhujan, kulit kau mesti berminyak2, Dalam club tu confirm2 orang ramai, telebih lebih ramai. Bila dah ramai, muka berpeluh peluh. So, kalau tak nak kulit rosak, jangan lah pakai makeup. Kalau nak pakai pun, cukuplah bersederhana sahaja :)

Itu saja setakat ini. Kalau nak tambah, silalah jangan malu2. Ok, ni yang aku dapat masa event tu.











No comments:

Post a Comment