Are you fruitarian?

Assalamualaikum. Selamat berpuasa kepada seluruh umat Islam tak kira di mana anda berada. Cheh mcm DJ pulakk. Dan selamat Hari Raya Aidilfitri jugakk lah sebab lebih kurang  beberapa hari saja kan nak raya. Mesti dah shopping2 kan. Best2! 

Okayy, entri ni bukan untuk masa berpuasa saja tp untuk sepanjang hayat! Ya, betul. Hari ni Dayang nak cerita pasal kesihatan dan kaitannya dengan fruitarian. Apa kebenda tu fruitarian? Fruitarian merujuk kepada si pemakan buah-buahan. Sama saja seperti vegetarian. Tau kan? Okayy. Siapa yang tak suka makan buah-buahan memang rugi. Rugi untuk menikmati berbagai jenis kebaikan untuk kesihatan dan tubuh badan. Macam Dayang, dari kecik mak Dayang dah latih makan banyak buah-buahan. Akibatnya Dayang jarang pegi hospital terutamanya klinik gigi kecuali demam -_- Apa saja jenis buah dari Apple ke Kiwi, dari yang murah sehinggalah yang paling mahal. Semuanya berkhasiat. 


Seriously, bila Dayang ternampak sebukit buah-buahan di supermarket, mata umpama melihat baju, dress, blouse, atau jeans yang cantik terutama SALE di shopping mall. Rasa macam nak beli semua! Bagi Dayang, tak kisah nak spent lebih sikit duit untuk beli buah-buah. Sebab buah dapat membekalkan kita dengan segala keperluan yang manusia perlukan! Make sense kan pokok buah ditanam bertahun-tahun untuk mengeluarkan hasil dan segala keperluannya mcm matahari, air dan zat diperlukan daripada alam semulajadi :)

Tapi, apa yang lagi penting ialah, buah-buahan dan sayur-sayauran dapat membantu menghapuskan sel kanser! Bak kata orang menghindari lebih baik daripada mengubati. Eh, betol ke. Alah, lebih kurang maksudnya sama kan. So, makanlah buah dan sayur sebanyak yang mungkin sampai lebam, sampai mulut dah penat nak mengunyah. Kalau bosan, buatlah jus buah-buahan! Tapi janganlah tambah apa-apa nanti zatnya hilang. 

Lagi info penting, jangan makan sayur-sayuran kekacang atau jenis kacang yang mudah tumbuh seperti dal, kacang tanah, kacang kuda dan sebagainya kerana ia mengeluarkan protien yang akan tersimpan di dalam usus dan sukar dinyahkan. Bagaimanapun, makanlah jenis-jenis kacang daripada pokok yang besar seperti gajus, badam, kacang hazel  dan sebagainya elok dimakan. Sebaliknya, makanan berkanji hanya akan membuatkan kita kekejangan dan mendapat pelbagai jenis penyakit seperti angin, lebihan asid, tekanan darah dan banyak lagi!


Okayy, berbalik pasal buah, amalkanlah makan buah-buahan dan jus buah sebelum makan nasi. Makan buah-buahan semaksimum mungkin sebab buah-buahan dapat meyembuhkan penyakit. Bukan saja dapat menghindarkan penyakit, tetapi dapat menyihatkan tubuh badan dan mencantikkan kulit! Terlalu banyak kebaikan buah-buahan yang kita nikmati, bukan setakat 2, or 3 in 1, tapi alllll in 1!


Semoga entri Dayang kali ini dapat memberikan sedikit kesedaran betapa pentingnya menjaga kesihatan tubuh badan nih. Selamat Hari Raya Aidilfitri, jika ada kesilapan yang Dayang dah buat selama ni, sama ada secara sedar atau tidak sedar, harap dimaafkan :) Ohh selamat menyambut hari kemerdekaan kepada rakyat Malaysia! Yang ke berapa? Yang ke-54.... Kepada yang driving balik kampung, hati-hati di jalan raya. Baca doa dulu.. agak-agak mengantok, cabut saja bulu hidong -_-


* Apa lauk feveret raya anda? Dayang suka kari, rendang. Gerenti lupa pasal buah, sayur & kesihatan bila nampak lauk-lauk tersebut. Matilahh