And I do anything that just feels better

Assalamualaikum. Hi, nak update blog. But just a quick update. Hari ini Dayang nak update 3 lagu yang terngiang ngiang kt dalam kepala Dayang. And Dayang akan played lagu ni sampai berpuluh2 kali sebab lagu2 ni sumpah layan dan best!














Brraahh! Itu dia 3 lagu. Selamat mendengar! :)

July Favorite. Do's & Don'ts

Assalamualaikum. Dah lama tak update blog nih. Mesti pelik kan dengan tajuk entri kat atas. Julai merupakan bulan yang amat mencabar bagi Dayang. Walaupun Julai tak habis lagi, lepas tu kita akan menyambut bulan Ramadadhan tak lama lagi. Kenapa mencabar? Kerana tajuk entri di atas. Ya, for the first time in my life, finally terkena juga Chicken Pox! Macam mana Dayang boleh berjangkit? 25 June 2011 ialah hari perkahwinan cousin Dayang di Sabah. Seperti biasa ramai lah jiran tetangga, sepupu sepapat akan datang, kanak-kanak apatah lagi. Bercakap tentang kanak-kanak, oh, Dayang sangat suka kanak-kanak-. Lagi-lagi baby, comel sangat. Tapi pada ketika itu, semua cucu-cucu pakcik Dayang terkena Chicken pox. Dayang buat tak tau dan pegi lah dukung2 budak2 comel tu. So, abang Dayang tnya, kau dah kena belum chicken pox? Dayang cakap belum, abg Dayang cakap tak lama lagi kau kena lah tu. Sekarang dah kena pun. Dayang start demam hari Sabtu, Isnin cacar air nya start keluar. Mula2 Dayang ingatkan apa lah air2 yang keluar ni, Dayang pun pegi lah dengan tangan yang gatal pecahkan. Lepas tu Dayang tengok kat kaki, ada beberapa bintik merah keluar, Dayang terus fikir, mesti aku dah kena Chicken Pox ni. Dengan pantasnya Dayang call mak kat Sabah, mak suruh pegi klinik and Dayang terus ke Klinik Kesihatan UiTM di hatiku sebab free :) Hari Isnin tu Dayang boleh tahan lagi, tak gatal, agak berlagak sikit la konon tak keluar banyak. Keesokannya fuh terkejut beruk tengok 1 badan banyak bintik merah! Apa lagi, pegi letak ubat Calamine cepat2 dengan style akrobatik meliuk lentuk badan letak ubat 1 badan. Sangat gatal. Sampai 1 hari Dayang tak tahan, menangis sorang2 kat dalam bilik sebab tak ada orang yang jaga :'( Menangis2 panggil makkk... Yelah sebelum ni Dayang sakit mak selalu ada kat sebelah jaga Dayang siang malam tak kira waktu. Sekarang ni, cuma dapat dengar suara dan nasihat dari mak yang jauh di mata :'( Kesian housemate Dayang terpaksa tahan geli sapu ubat kat belakang Dayang yang dah beberapa hari tak mandi ee busuk! Dialah yang tolong belikan Dayang makanan, air kelapa, peneman Dayang kat rumah. Kalau dia tak ada, mati kelaparan lah Dayang sorang2 kat rumah tak boleh keluar nanti orang lari takut berjangkit.
Okayy, sebelum kita ke isi yang sebenar, mari kita berkenalan dengan Chicken Pox atau Cacar Air. 

Chicken pox juga dikenali sebagai cacar air, jintungan atau bertih (mengikut dialek daerah). Ia disebabkan oleh virus Varicella (kumpulan virus herpes) dan amat mudah berjangkit. Ia berlaku pada semua peringkat umur, biasanya pada kanak-kanak. Ia lebih teruk sekiranya berlaku kepada orang dewasa. Rebakan adalah melalui sentuhan atau titisan cecair daripada orang dijangkiti. Rebakan juga berlaku melalui bahan tercemar dengan cairan cacar seperti pada pakaian atau tuala dari penghidap chicken pox.

Pengidap chicken pox boleh merebakan virus sehingga 48 jam sebelum ruam timbul dan boleh terus menjangkitkan orang lain sehingga cacar air menjadi kering dan berkeruping. Kayap (herpes zoster) ialah infeksi dari virus yang sama dan berlaku pada di masa hadapan (umur dewasa).

Tanda dan Gejala
Pengidap chicken pox akan mengalami demam dengan bintik-bintik merah pada kulit. Kawasan bintik-bintik merah melibatkan muka, kepala, dada, belakang dan akhirnya seluruh tubuh. Ruam chiken pox akan timbul kurang dari 2 minggu selepas jangkitan berlaku.

Bintik-bintik merah yang baru akan mula timbul dalam beberapa hari dan bilangan boleh mencecah ratusan biji dan kemudian membentuk gelembung berisi air. Bila gelembung berisi air pecah ia menjadi kering dan berkeruping. Rasa gatal sederhana atau teruk menyebabkan pesakit akan menggaru dan akhirnya menyebabkan parut.

Gejala lain ialah sakit perut, tiada selera makan, sakit kepala, rasa tidak selesa, letih dan terganggu. Penghidap juga ada batuk ringan, hidung berair dua hari sebelum bintik-bintik merah timbul. 

Komplikasi
Ruam atau cacar air Chickenpox akan berkurangan dalam jangka masa 2 minggu dan biasanya tiada komplikasi. Adakala penyakit boleh jadi teruk walaupun pada kanak-kanak yang sihat dan mengakibatkan komplikasi teruk termasuklah kematian. Kumpulan berisiko untuk jangkitan serta mendapat komplikasi teruk:
  • Bayi baru lahir, di mana ibu tidak penah mengidap chicken pox atau pelalian chicken pox.
  • Ibu mengandung menyebabkan kesan pada bayi dalam kandungan seperti tak cukup berat dan kecacatan anggota boleh berlaku. Sekiranya ibu mengidap chickenpox seminggu sebelum kelahiran, ia boleh menyebabkan jangkitan serius serta membahayakan nyawa pada bayi.
  • Orang yang lemah atau kurang daya tahan akibat penyakit lain seperti HIV, barah sumsum tulang (leukaemia) dan pesakit kanser dalam rawatan kemoterapi. Orang yang mengambil steroid berpanjangan pesakit asma dan sindrom nefrotik.
    Penghidap sakit radangan kulit (inflammation eczema). 
Komplikasi akibat chicken pox: 
  • Jangkitan kulit- menjadi lebam merah, bengkak dan sakit. Dehidrasi akibat muntah berterusan atau tidak minum air. Tanda dehidrasi ialah kurang kencing, mulut kering dan dahaga.
  • Kerosakan otak akibat radangan otak. Tanda-tanda radangan otak ialah sakit kepala teruk, keliru, mudah marah, leher keras dan belakang mengeras serta tidak sedarkan diri. 
  • Radang sendi- sendi menjadi sakit, kejang dan bengkak 
  • Jangkitan paru-paru (Pneumonia)- tanda-tanda seperti batuk, susah bernafas, pernafasan berbunyi (wheezing) dan sakit dada.
Rawatan
  1. Ubatan anti-viral :
Acyclovir atau immuno globulin diguna untuk merawat chicken pox. Rawatan amat berkesan sekiranya diambil segera dalam tempoh 24 jam dijangkiti. Ia akan mengurangkan keterukan dan komplikasi akibat chicken pox. Semua orang dewasa mendapat kebaikan dari rawatan antiviral di awal penyakit terutama yang kurang sistem daya tahan (orang lanjut usia, pesakit diabetes, pengidap HIV& AIDS serta rawatan steroid).
  1. Rawatan antibiotik
Komplikasi akibat chicken pox ; radangan kulit dan radangan paru-paru memerlukan rawatan antibiotik. Pesakit yang mendapat radang otak hendaklah dimasukkan ke hospital untuk rawatan antivirus.
  1. Rawatan di rumah 
    • Sapu losyen calamine.
    • Ubatan antihistamin kurangkan gatal-gatal
    • Panadol untuk demam
Pencegahan 

Pelalian memberi ketahanan sepanjang hayat, diberi pada umur 12-18 bulan. Pemberian pelalian- bawah umur 13 tahun terima hanya 1 dos, selepas umur 13 tahun. 2 dos, selang masa 4-8 minggu antara dos 1 dengan dos 2. Pelalian aktif diberi kepada kanak-kanak berisiko (antara 1- 5 tahun) sekiranya ahli keluarga ada chiken pox
.

Sumber : Info Sihat

Dah berkenalan? Kita teruskan dengan tajuk utama kita. Apa yang perlu di lakukan ketika Chicken pox. 
1. Seperti info sihat kat atas tadi cakap, sabu ubat calamine, ubat tu akan halang kau dari kau gatal tangan garu2 lepas tu berparut.
2. Rajin2 makan ubat.
3. Minum banyak air masak. Supaya kulit tak kering dan mungkin juga mempercepatkan proses keluarnya bintik merah Chicken Pox tu.
4. Makan banyak buah-buahan. Baik untuk badan. Kan tengah sakit, daripada membazir beli makanan lepas tu kau tak makan sebab tak ada selera, baik makan buah. 
5. Ambillah gambar kenang-kenangan. Jangan malu untuk merasa tidak cantik. Itu kan pengalaman.
6. Tolong halau balik rumah sendiri housemate yang belum kena chicken pox. Virus chicken pox cepat sangat merebak apa lagi bila mula2 nak naik.

Emmm, apa lagi eh. Rasanya itu saja untuk apa yang perlu dilakukan ketika Chicken Pox. Apa yang Tidak perlu dilakukan ketika Chicken Pox?
1. Jangan garu, korek atau kopek bintik merah atau gelembung air chicken pox kau. Kalau tak nak berparut, tahan lah gatal. Tapi kalau nak kulit berparut, sila teruskan niat menggaru, korek dan kopek.
2. Jangan mengeluh, geli tengok bintik chicken pox kau. Jangan pernah tanya kenapa kau kena. Oi, dah takdir kau nak kena, kau nak mempersoalkan lagi? Ini dugaan Allah S.W.T bagi.  Ini baru sikit. Tolong, tolong dan tolong jangan.
3. Jangan makan telur, kicap, daging, ayam dan makanan berminyak. Ini mak Dayang cakap. Hari2 mak pesan jangan makan makanan yang tersenarai. 
4. Jangan keluar rumah. Perintah berkurung sampai kau sihat. Nak bagi penyakit kat orang?

Emm rasanya itu sahaja setakat ini. Ada apa2 nak tambah atau nak kongsi, comment2 lah ye. Terima kasih mak call tiap2 hari kejutkan Ipa walaupun tak ada di sisi nak jaga. Rasa macam mak ada kat sebelah. 


Ini lebih kurang seminggu sebelum Chicken pox. Tiada cela di muka.

Zombie mana nih? Haha ini lah Dayang semasa Chicken Pox. Di ambil semalam sorang2 kat rumah tak nak buat apa. Tak cantik? Aku peduli hapaaaa. 

Bagi yang belum kena, tak kisah kau nak lari mana kat dalam dunia ni, ingatlah oi kau berpijak di bumi Allah. Penyakit ni tak sesuai untuk kau takut. Jangan takut tak bertempat :)
Tapi pernah terbaca ada orang dah kena 3 kali. Cenggana?