Berpeluh

Assalamualaikum. Hi! Fifth day of 2012. Minta maaf terlupa nak post my New Years Resolution. But don't worry, untuk entri harini nak buat 2 in 1. Yeah, 2 in 1. Untuk entri pertama mestilah New Years resolution Dayang! Let's chekidaud.


1. Sayang duit.
Ya sayang duit. Maknanya berjimat cermat, atau dalam bahasa kasarnya, jadi kedekut. Mungkin Dayang boleh dikategorikan sebagai shopaholic. Tapi tak lah macam dalam cerita Confessions of a shopaholic tu. Melampau sangat tu haha. Agaknya sudah menjadi lumrah wanita suka membeli belah. Apa yang Dayang suka beli? Ok, Dayang suka apa yang wanita suka beli. Baju, seluar, toilettries, perfume, makeup, kasut, dan makanan. Bila dah habis duit menangis menyesal beli banyak-banyak tak simpan duit untuk hari esokk. Padan muka kau 
-_-
 Nak ada collection kasut macam ni pls hee



2. Menyara hidup 
Dengan bekerja. Nak cari kerja supaya tak menyusahkan mak bapak call mintak duit. Kau dah besar Dayang. Ok, hakikatnya Dayang belum pun habis degree tapi pada masa yang sama Dayang nak mencari kerja supaya Dayang boleh sara hidup dan boleh bantu ibu bapa hee. Kerja apa? Mestilah nak cari kerja yang sesuai dengan apa yang Dayang belajar sekarang ni. Sambil-sambil tu boleh menambahkan pengalaman :D Doakan Dayang dapat kerja ok. Amin

3. Habiskan degree. 
Lama lagi nak habis degree tapi azam ini akan di bawa ke tahun hadapan hihi. Apa yang Dayang maksudkan ialah belajar bersungguh-sungguh! Sebab semester ni Dayang sangat wasted. Ada beberapa subject Dayang drop sebab join musical theater Nora (A'ah duit kau tak dapat lagi). Juga disebabkan itu, Dayang kurang minat nak belajar, buat assignment. Teruk kann. 

Usaha tangga kejayaan

4. Ubah diri dan perangai
Ini juga masalah bagi Dayang. Perangai kadang-kadang baik, kadang-kadang rasa macam nak kena tampar. Dayang orang sangat susah nak control perasaan marah. So, untuk tahun ini dan tahun-tahun seterusnya Dayang harap dapat mengubah diri dan perangai terutamanya perasaan marah. :D

5. Praktis sampai lebam
Hihi, nak praktis pun susahh. Lepas tu masuk kelas kena marah. Padan muka. Sekali lagi Dayang berharap nak praktis sekerap yang boleh supaya tak kena marah hihi.

6. Taat pada yang 1.
Segala apa yang kita buat di dunia ni kerana Allah. Dayang berharap tak lupa diri, tak sombong, sentiasa ingat kebesaran Allah, hati dibersihkan supaya hidup diberkati. Amin

7. Workout.
Tak mau ada muffin bila pakai seluar!! Tak mau muka tembam tapi tangan, kaki kurus. Dayang bila makan banyak apa yang naik cumalah perut dan muka. Oleh itu, Dayang berazam nak bersenam sekerap yang mungkin, paling sikit 3 kali seminggu supaya bila menyanyi senang tak semput, badan juga sihat dan cergas! Secara tak langsung juga kita boleh mengelak penyakit. Bak kata pepatah, mencegah itu lebih baik daripada mengubati hihi. Juga! Makanan harus dijaga :D

8. Berjoget.
Ini menarik. Dayang tak pandai menari. Bila menari kelihatannya sangat kelakar sebab tinggi sangat :( Oleh itu, Dayang nak belajar menari. Kalau tak dapat belajar secara proper pun it's ok as long as I can dance. Belajar sendiri pun jadilah, janji menari kannn

Harap-harap azam-azam yang Dayang list kan ini dapat ditunaikan Insyallah. Tapi bila tengok tajuk entri kat atas tu tak ada kena mengena kan? Apa yang berpeluhnya? Ok, ini yang berpeluhnya. Emm hari Isnin yang lepas Dayang dan housemate pegi panjat Broga Hills sekali lagi! Best tapi yang tak bestnya Dayang blackout masa nak naik bukit yang last sekali sebelum sampai ke puncak yang pertama. Loser kan haha. Padan muka kau tak makan dulu sebelum panjat. Kesian kawan Dayang kononnya nak pegi awal nak tengok sunrise tapi kami semua lambat bangun, sampai broga dah naik matahari haha.  Lepas panjat kami semua pergi mandi sungai kat Tekala. Dayang tak mandi sekali sebab malas nak basahkan baju hihi. 
 Yay berjaya naikk

 Selepas blackout. Hambik kauu

 -_-

 yang kat belakang berjaya bertapa tanpa sentuh bumi -_-

 Sesi melompat

 Cool kann

 Love this one. Macam terjun laut

 Finally berjaya snap untuk tuan punya kamera :D

 Super cool!

 Step up 4 in 3D -_-

 -_-

 Tekala

Silau

Rombongan