Naik pelamin

Assalamualaikum. Hello guys, dah lama sangat tak update blog ni. Kesian hari2 bukak tapi tak pernah update. Yes, I'm busy with assignments, nak praktis, dengan baru baik demam tengok bola jerit2 kat stadium, habis batuk dan selsema. Padan muka kau :) Harini nak update and nak share my brother's wedding! Yay he's married now. Dayang dah ada dua orang kakak ipar. Alhamdulillah, makin bertambah ahli keluarga Dayang. Okayy, my brother, Din, nikah pada 26 Nov 2011 di masjid emm ala tak ingat hee. Alhamdulillah dengan sekali lafaz Din sah berisiterikan Aida Azlina. Terer siot sekali lafaz padahal dah praktis kat rumah haha. Sebak jugak tengok finally Din dah ada teman hidup. Bukan sebak sedih tapi sebak gembira. I'm happy for him. Selesai nikah kami terus ke rumah pengantin perempuan untuk sesi melantak, yes! Alhamdulillah, selesai acara nikah, kami pun pulang ke rumah dengan senang hati, dengan menculik pengantin lelaki untuk acara besoknya pula, bersanding hee. Okay lah, tanpa banyak membebel Dayang nak share gambar2 nikah dan bersanding. Eh, yang seronok ronoknya, petang selepas acara bersanding, Dayang and my brother's tanpa pengantin pergi stadium tengok Malaysia lawan Bahrain! First time nih pegi tengok bola kat stadium. Sumpah jadi batak haha. Walaupun Malaysia kalah, dah adat pertandingan, ada menang dan ada yang kalah. Tapi Dayang respect dengan Ultras Malaya, penonton semua dah lari balik, diorang stay kat situ menyorak untuk Malaysia. 

 Pengantin kena solek dgn pak andam special dari Sabah!

 Aida Azlina. 

Hah neves kauu



 Alhamdulillah, sah bergelar suami isteri



 My new sister in law!


 Bersanding






 Ok, turn kau lambat lagi -_-


 Go Malaysia!

 Nampak tak mega t-shirt kat belakang tu? Cool kan?


Dah la kauu

Dayang doakan semoga Din dan isteri kekal sehingga ke akhir hayat. Amin :) Tinggal Dayang and abang lagi 1 belum kahwin. Agak2 siapa naik pelamin dulu? Ok, mari berlumba, siapa naik pelamin dulu dia menang -_- Tak nak lah berlumba (padahal dalam hati sebok nak suruh Buncit kumpul duit nak kahwin cepat. Gatal kan?) Dah la kau Dayang.

No comments:

Post a Comment